Guangzhou, Republik Rakyat China (13 November 2010) - Temasya Sukan Asia Ke-16 Guangzhou, mencipta sejarah apabila menjadi penganjur terbanyak dalam pengendalian acara sukan selain jumlah penyertaan para atletnya berbanding empat tahun lalu di Doha, Qatar.
Sukan Asia 2010 ini juga dikenali sebagai Asiad XVI bermula dari 12 hingga 27 November akan datang.
Guangzhou merupakan bandar raya kedua di China yang menjadi tuan rumah selepas Beijing pada tahun 1990 dengan jumlah 476 acara dari 42 sukan yang akan dipertandingkan nanti.
Dengan jumlah acara tersebut menjadikannya sebagai acara terbesar dalam sejarah sukan ini selain akan menjadi acara yang terakhir untuk dipertandingkan iaitu dengan jumlah yang sebesar ini.
Ini kerana kerana Majlis Olimpik Asia (OCA) telah menguatkuasakan peraturan penganjuran baru untuk temasya yang akan datang bermula dengan temasya 2014 Korea nanti.
Pada persediaan temasya kali ini pihak tuan rumah telah menyediakan sebanyak 53 venue pertandingan dan 17 venue latihan termasuk Bandar Sukan Asia (Asian Games Town) yang meliputi Perkampungan Atlet, Perkampungan Pegawai Teknikal, Perkampungan Media, Pusat Media Utama dan Pusat Penyiaran Antarabangsa.
Dijangkakan hampir 10 ribu atlet mengambil bahagian di temasya ini dengan penglibatan kira-kira 5,000 pegawai dari 45 buah negara yang menyertainya dengan mempertaruhkan sebanyak 476 pingat emas.
Sukan Asia ke-16 ini bertemakan 'Thrilling Games, Harmonious Asia Thrilling Games' atau 'Permainan mendebarkan' antara lain bermaksud atlet-atlet dari negara China ingin bertemu dengan rakan-rakan mereka dari seluruh Asia dalam tekad kemahiran dan intensiti sukan.
Manakala 'Harmonis Asia' pula mendedahkan harapan tuan rumah China dan khususnya masyarakat Guangzhou terhadap peserta sukan.
Malah orang-orang dari kota ini mengharapkan bahawa semua orang yang menyertai dalam Sukan Asia 2010 ini akan melupakan sistem sosial mereka seperti tanpa mengira warna kulit, adat istiadat atau bahasa
malah menyeru bagi sama-sama menjadikan Sukan Asia ini menjadi harmoni berdasarkan persahabatan dan keadilan terhadap satu sama lain.
Maskot bagi sukan ini pula ialah lima ekor kambing yang masing-masing dikenali sebagai A Xiang, A Dia, A Ru, A Yi dan Le Yangyang.
Apabila kelima-lima nama tersebut di sebut secara bercantum akan berbunyi Xiang Dia Ru Yi Le Yangyang dan secara langung membawa maksud harmoni, berkat, kejayaan dan kebahagiaan.
Reka bentuk maskot ini terinspirasi dari legenda lima ekor kambing yang merupakan sebuah cerita terkenal tentang lima makhluk yang turun dari langit pada kambing dengan warna-warna yang berbeza .
Legenda ini telah berlangsung 2000 tahun yang lalu di mana pada mulanya Guangzhou adalah sebuah desa yang tandus, dan rakyatnya menderita dan kelaparan namun setelah itu kota ini menjadi makmur dan maju.
Oleh kerana itu Guangzhou juga dikenali sebagai Kota Kambing atau Kota Telinga Beras.
Manakala patung dari Lima Kambing di Taman Yue Xiu Guangzhou adalah peringatan legenda ini dan telah menjadi simbol bandar yang paling terkenal di sini.
Emblem atau logo Sukan Asia kali ini pula merupakan kontur lembut dan bersemangat yang melambangkan sebuah trek olahraga, selain obor api dari Sukan Asia dengan konsep berasal dari legenda lima ekor kambing tersebut. -- hak milik Pelita Brunei
(Laporan : Abu Bakar Hj. Abdul Rahman dari Guangzhou, Republik Rakyat China)
Thursday, 18 November 2010
10 Ribu Atlet Bertarung Buru 476 Pingat Emas
Posted by Neo Minda on 12:47
0 comments:
Post a Comment