Thursday 18 November 2010

194 Peserta Terima Sijil Seminar Keselamatan Dan Kawalan Kualiti Makanan Laut

Twitter Facebook More

Bandar Seri Begawan (12 November 2010) - Seramai 194 peserta yang terdiri dari pengusaha-pengusaha penangkapan ikan, akuakultur dan peniaga ikan serta penuntut-penuntut Sekolah Vokasional Wasan dalam jurusan perikanan; termasuk pegawai-pegawai kerajaan yang terdiri dari merinyu dan pegawai-pegawai Unit-unit Teknikal Bergerak Jabatan Perikanan serta pegawai-pegawai dari Jabatan Bandaran telah menerima sijil masing-masing di Seminar Keselamatan dan Kawalan Kualiti Makanan Laut.


Hadir menyampaikan sijil-sijil berkenaan ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU), Dato Paduka (Dr.) Haji Amin Liew bin Abdullah, bertempat di Dewan Setia Pahlawan KPSSU.

Pada majlis tersebut penceramah undangan, Dr. Bah Piyan Tan dalam rumusannya antara lain menyatakan bahawa seminar tersebut adalah berguna sebagai perinitis ke arah perlaksanaan penerapan tatacara amalan-amalan baik di sektor-sektor perikanan.

Peserta seminar, Awang Radin bin Haji Idris dari RADIMS Fisheries Trading Company pula menyatakan seminar tersebut sememangnya banyak membantu membuka minda dan mata mereka ke arah mengoperasikan industri untuk ianya lebih berdayasaing, 'competitive', sempurna, 'efficient' dan 'effective' serta membukakan peluang yang besar dalam industri perikanan terutama peluang mengeksport ke Eropah dan serata dunia atau ke negara-negara jiran.

Seminar empat hari itu membuka jalan kepada pengusaha-pengusaha sektor perikanan ke arah meningkatkan keselamatan dan kualiti hasil keluaran mereka dengan ajaran yang betul dan diiktiraf.

Juga hadir di majlis tersebut termasuklah Timbalan Setiausaha Tetap KPSSU, Pengarah Perikanan, Pengarah-pengarah dan Pegawai-pegawai Kanan KPSSU.

Terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah yang dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Pulaie, Awang Haji Borhanudin bin Haji Damit. -- hak milik Pelita Brunei


(Oleh : Nooratini Haji Abas)

0 comments:

Post a Comment