Thursday 18 November 2010

Berangkat Ke Jepun Bagi Menghadiri Sidang Kemuncak APEC Ke-18

Twitter Facebook More

Bandar Seri Begawan (13 November 2010) - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pagi tadi berangkat ke Jepun bagi menghadiri Sidang Kemuncak Ketua-ketua Ekonomi Kerjasama Asia Pasifik (APEC) Ke-18.


Sebelum berangkat doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik.

Juga berangkat dan hadir menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis baginda ialah Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri dan Duta Besar Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Hirose Noriki. -- hak milik Pelita Brunei


(Oleh : Ak. Jefferi Pg. Durahman)

0 comments:

Post a Comment