Thursday 18 November 2010

BIBD Serahkan BND2,953,983.34 Wang Zakat Kepada MUIB

Twitter Facebook More

Bandar Seri Begawan (12 November 2010) - Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) merupakan Badan Ugama Islam yang tertinggi di negara ini yang mempunyai bidang kuasa dalam pengurusan dan pengendalian kutipan dan agihan wang zakat.


Bidang kuasa itu berdasarkan kepada peruntukkan undang-undang sebagaimana yang termaktub dalam Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-mahkamah Kadi Penggal 77, Pindaan 1984 iaitu menerusi bab-bab 114 hingga 121 dan juga Peraturan Zakat dan Fitrah 1969.

Sehubungan itu Bank Islam Brunei Berhad (BIBD) hari ini menyerahkan sejumlah BND2,953,983.34 dari kumpulan wang zakat perniagaan dan zakat para pelanggan kepada MUIB di majlis yang berlangsung di Jabatan Majlis Ugama Islam di Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Wang zakat tersebut diserahkan oleh Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya selaku Pengerusi BIBD Berhad kepada Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad selaku Yang Dipertua MUIB.

Turut hadir di majlis itu termasuk Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Haji Bahrom selaku Naib Yang Dipertua MUIB. -- hak milik Pelita Brunei


(Oleh : Bolhassan Haji Abu Bakar)

0 comments:

Post a Comment