Jerudong (13 November 2010) - Kementerian Pembangunan khususnya Jabatan Perancang Bandar dan Desa meningkatkan usaha agar perancangan dan pengendalian penggunaan tanah di negara ini dibuat dengan lebih efisien.
Salah satu langkah yang dibuat ialah dengan menerbitkan Buku 'Pelan Induk Penggunaan Tanah Negara 2006 - 2025' yang boleh dijadikan sebagai hala tuju pembangunan negara dari segi keperluan penggunaan tanah untuk berbagai sektor di negara ini.
Majlis Pelancaran Buku tersebut disempurnakan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semalam sejurus selepas melancarkan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia, berlangsung di Pusat Persidangan Pertahanan Antarabangsa BRIDEX, di sini.
Pelan induk itu bukan hanya merupakan asas utama pertimbangan perancangan dalam pengendalian permohonan-permohonan tapak dan permohonan kemajuan tanah dan pembangunan, malah ia sewajarnya sudah diguna pakai dan dijadikan asas pembangunan fizikal dan panduan kawalan kemajuan serta membantu dalam pembentukan dasar-dasar kemajuan dan pentadbiran tanah di negara ini.
Pelan strategik jangka panjang yang memberikan rangka kerja dan hala tuju ruang tanah negara untuk membimbing dan menyelaras keperluan peruntukan, pemuliharaan dan perkembangan penggunaan tanah secara menyeluruh.
Ia dirumus dengan hasrat untuk mencapai rupa bentuk bandar yang lebih padat dengan menggabungkan kawasan bandar yang sedia ada, meningkatkan kecekapan dalam peruntukan penggunaan tanah bagi pembangunan bandar di masa hadapan dan memastikan terdapatnya pilihan bagi pertumbuhan bandar di luar tempoh rancangan tersebut. -- hak milik Pelita Brunei
(Oleh : Hezlinawati Hj. Abd. Karim)
Thursday, 18 November 2010
Buku Pelan Induk Penggunaan Tanah Negara 2006 - 2025 Diterbitkan
Posted by Neo Minda on 12:50
0 comments:
Post a Comment