Thursday 18 November 2010

Delegasi Program Pertukaran Brunei-Malaysia Diraikan

Twitter Facebook More

Bandar Seri Begawan (13 November 2010) - Delegasi yang menyertai Program Pertukaran Lawatan Pegawai-pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam dan Malaysia Ke-12 malam ini diraikan di Majlis Makan Malam yang diberikan oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU), Dato Paduka Dr. Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.


Ahli delegasi dari Perkhidmatan Awam Malaysia terdiri daripada Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan, Yang Berbahagia Dato' Dr. Ong Hong Peng; Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Yang Berbahagia Dato' Hashim bin Abdullah serta isteri masing-masing.

Turut hadir di majlis yang berlangsung di salah sebuah restoran di Gadong di sini ialah Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap KPSSU, Awang Mohd. Riza bin Dato Paduka Haji Md. Yunos dan Dayang Hajah Normah Suria Hayati binti Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri serta beberapa orang pegawai kanan KPSSU.

Program pertukaran lawatan ini antaranya bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat di antara pegawai-pegawai kanan Perkhidmatan Awam kedua negara di samping mengeratkan hubungan silaturahim yang sedia ada. -- hak milik Pelita Brunei


(Oleh: Ihsan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.)

0 comments:

Post a Comment