Thursday 18 November 2010

Delegasi Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN Kali Ke-16 Diraikan

Twitter Facebook More

Jerudong (12 November 2010) - Delegasi yang menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Pengangkutan ASEAN Kali Ke-16 telah diraikan di Majlis Makan Malam di Tarindak D'Polo Restaurant, Jerudong Polo Club, di sini.


Hadir meraikan jemaah Menteri Pengangkutan ASEAN serta rakan-rakan dialog ASEAN yang terdiri dari Republik Rakyat China, Jepun dan Republik Korea dan perwakilan-perwakilan dari Sekretariat ASEAN ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Abdullah.

Di majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri Perhubungan yang selaku tetamu kehormat menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada Menteri-menteri Pengangkutan ASEAN Ke-16.

Kira-kira 200 peserta menyertai Mesyuarat Menteri-menteri Pengangkutan ASEAN Ke-16 itu.

Delegasi lain, juga termasuk para Pegawai Kanan, Kementerain Perhubungan dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta wakil-wakil dari agensi swasta yang terlinat dalam sektor-sektor pengangkutan. -- hak milik Pelita Brunei


(Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim)

0 comments:

Post a Comment