Thursday 18 November 2010

DPMM Tidak Berangkat Menyertai Acara 'Billiard' Dan 'Snooker' Di ASIAN Games Ke-16

Twitter Facebook More

Bandar Seri Begawan (12 November 2010) - Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam memaklumkan bahawa Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah tidak akan berangkat menyertai acara 'Billiard' dan 'Snooker' di ASIAN Games Ke-16 yang akan diadakan di Guangzhou, China dari 12 hingga 27 November, 2010.


Ketetapan ini dibuat memandangkan pengendalian yang tidak konsisten oleh 'Olympic Council of Asia' (OCA) dan 'Guangzhou Asian Games Organising Committee' (GAGOC) terhadap ketetapan awal yang telah dipersetujui berkaitan dengan tempat bersemayam Duli Yang Teramat Mulia sepanjang menyertai kejohanan tersebut.

Tempahan awal dan pembayaran wang cagaran kepada Hotel Ritz Carlton telah pun dibuat pada 15 Oktober 2010. Bagaimana pun tempahan telah dibatalkan oleh Hotel Ritz Carlton pada 8 November 2010 dengan alasan yang Hotel Ritz Carlton adalah hotel penginapan bagi pegawai-pegawai 'Olympic Council of Asia' (OCA) sedangkan terdapat hotel rasmi bagi Asian Games yang telah ditentukan. -- hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment