Thursday 18 November 2010

Sekilas Info: Perkhidmatan Berkhatan

Twitter Facebook More

(13 November 2010) Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan berkhatan pada musim cuti penggal keempat persekolahan 2010 akan bermula pada 26 November hingga 26 Disember 2010.


Pendaftaran dan pemeriksaan kanak-kanak yang akan berkhatan bermula pada 15 November hingga 4 Disember 2010 bertempat di Tingkat 1, Bilik Rehat Keluarga Pesakit berdekatan dengan Unit Bilik Bedah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

Ibu bapa atau penjaga hendaklah membawa bersama anak mereka berserta salinan kad pengenalan atau surat beranak semasa membuat pendaftaran bagi pemeriksaan kesihatan.

Orang ramai boleh menghubungi pegawai-pegawai pengkhatan yang bertugas di Unit Berkhatan, Hospital RIPAS di talian 2242424 sambungan 449. -- hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment