Jerudong (12 November 2010) - Teraban Official Planner (TOP) dari Pusat Tingkatan Enam, Katok muncul johan Pertandingan Projek Perancangan sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia.
Tempat kedua dimenangi oleh SMSA tiga dari Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Belait manakala N5 dari Pusat Tingkatan Enam Meragang di tempat ketiga.
Pertandingan seumpamanya diadakan untuk mengenalpasti sejauhmana pemahanan para penuntut sekolah menengah terhadap peranan perancangan bandar dan desa dalam pembangunan negara.
Juga diadakan sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia ialah Peraduan Fotografi yang dibahagikan kepada kategori 'A' (bagi para penuntut institusi tinggi dan pra-universiti) dan kategori 'B' (bagi kakitangan jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pembangunan).
Kategori 'A' dimenangi oleh Dayang Sabrina binti Haji Mahmud dari Pusat Tingkatan Enam Meragang, tempat kedua Awang Mohd. Hirfian bin Haji Husain dari Universiti Brunei Darussalam dan Dayang Nurul Hanisah Khairunnisa Basirah binti Haji Masir ditempat ketiga.
Peraduan bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada generasi muda mengenai impak pembangunan fizikal kepada alam sekitar di samping memberi peluang kepada mereka untuk mengetengahkan kreativiti serta bakat masing-masing.
Manakala kategori 'B' pula dimenangi oleh Awang Fairol Fadzleen bin Awang Haji Md. Daud dari Jabatan Perancang Bandar dan Desa, tempat kedua Awang Murah bin Ramli sementara Awang Haji Abdul Kahar bin Haji Apong dari Jabatan Tanah meraih tempat ketiga.
Peraduan bagi kategori ini bertujuan untuk mengetengahkan kreativiti para peserta dan pada masa yang sama jabatan juga dapat menilai tanggapan dan intepretasi mereka terhadap pembangunan pada amnya dan kesedaran tentang kepentingan mengawal pembangunan dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif dan berdaya tahan.
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman sejurus selepas melancarkan sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia, berlangsung di Pusat Persidangan Pertahanan Antarabangsa BRIDEX, di sini. -- hak milik Pelita Brunei
(Oleh : Hezlinawati Haji Abd. Karim)
Thursday, 18 November 2010
TOP Johan Pertandingan Projek Perancangan
Posted by Neo Minda on 12:32
0 comments:
Post a Comment