Oleh Mohamad Asyramisyanie
Bandar Seri Begawan, (29/10/2010) - Seramai 15 pasukan terlibat dengan konvensyen kerja cemerlang tahun 2010 yang dirasmikan hari ini oleh Setiausaha tetap Jabatan Perdana Menteri, Haji Mohammad Abdoh Haji Abdul Salam.
Majlis hari ini dibuka dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Pegawai Jabatan Hal Ehwal masjid sebelum ucapan alu-aluan oleh Pengarah Institut Perkhidmatan Awam, Sharifah Fatmah Shaikh Haji Ahmad.
Tetamu kehormat seterusnya berpeluang untuk mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan berharap supaya pembentangan yang diadakan dalam konvensyen kali ini akan memberikan pelbagai manfaat kepada negara.
Sebelum majlis ditutup dengan bacaan doa selamat sidang majlis hari ini berpeluang untuk menyaksikan tayangan video klip KKC 2010.
Sebanyak 15 Kumpulan yang berasingan kali ini adalah Kumpulan 3A, Kumpulan ASIS, Kumpulan AKTIAA, Kumpulan USWAH, Kumpulan MUSA'ADAH, Kumpulan E-Quality II, Kumpulan Vektor, Kumpulan Al-Abrar, Kumpulan LAGENDA, Kumpulan EFEKTIF.
Lima lagi kumpulan yang akan bersaing dalam KKC 2010 ini adalah Kumpulan GOIP 995, Kumpulan DPS, Kumpulan BTMK, Kumpulan ELASTIK dan Kumpulan PERANCA.
Lima belas kumpulan yang terlibat dengan KKC itu mewakili terdiri daripada wakil 12 jabatan yang mewakili enam kementerian bagi mendapatkan pingat Emas, Perak dan Gangsa yang menawarkan wang tunai $2,000 dan piala bagi pingat emas, $1,000 dan piala bagi pingat perak dan $500 bagi pingat Gangsa.
Konvensyen Kerja Cemerlang 2010 akan berlangsung tiga hari bermula 28 hingga 30 Oktober ini nanti dan akan menyaksikan pengumuman penerima pingat pada majlis penutup Sabtu ini nanti.
-- hak milik Media Permata
Sunday, 31 October 2010
Sekitar Konvensyen Kerja Cemerlang 2010
Posted by Neo Minda on 01:44
0 comments:
Post a Comment