Oleh Tony Alabastro
Bandar Seri Begawan (27/10/2010) - Syarikat penerbangan tambang murah Cebu Pacific hari ini mengumumkan penambahan satu lagi penerbangannya bagi laluan Manila-Brunei, menjadikannya tiga kali seminggu bermula Selasa 16 Disember 2010.
Syarikat penerbangan itu memulakan penerbangan terus Manila-Brunei-Manila pada 21 Ogos lalu menggunakan pesawat Airbus yang berlepas dari Manila pada jam 11.50 pagi Rabu dan Sabtu, dan berlepas pulang dari Brunei pada jam 2.25 pagi Khamis dan Ahad.
"Kami berkeyakinan dapat mengekalkan pertumbuhan pada separuh kedua ini memandangkan kami menerima tempahan awal yang begitu banyak menjelang kemuncak musim cuti Krismas," kata Naib Presiden CEB bagi Pamasaran dan Edaran Candice Iyong.
"Malah ketika bulan Julai dan Ogos yang biasanya jumlah perjalanan yang menurun, Cebu Pacific masih berupaya melepasi sasaran perolehan dan penumpangnya."
Cebu Pacific berkata, ia telah menurunkan tambang bagi perkhidmatan Brunei-Manila sehingga 27 Oktober 2010 atau sehingga tempat duduk habis, bagi perjalanan antara 1 Disember 2010 hingga 31 Januari 2011.
Harga tambang bagi perjalanan dari Brunei ke Manila boleh didapati serendah BND49 dan ia kini sudah bersedia bagi memulakan penerbangan tiga kali seminggu bermula 16 Disember ini.
Penumpang yang menggunakan khidmat bagasi hanya perlu menambah BND3 semasa tempahan dan sebarang pertanyaan tempahan boleh dibuat dengan melayari laman web : www.cebupacificair.com atau http://funtours.cebupacificair.com atau menghubungi Anthony Tours and Travel Agency ditalian (673) 222-2666 atau Pan Bright Travel Services di talian (673) 224-0985.
-- hak milik Media Permata
Wednesday, 27 October 2010
Cebu Pacific Mulakan Penerbangan Ketiga Ke Manila
Posted by Neo Minda on 15:57
0 comments:
Post a Comment