Oleh : Hezlinawati Hj. Abd. Karim, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi & Nooratini Hj. Abas
Mukim Pengkalan Batu (27 Oktober) - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat melawat ke dua buah institusi pendidikan.
Baginda mula-mula berkenan berangkat melawat Sekolah Vokasional Wasan, di Kampung Limau Manis.
Lawatan dibuat sejurus selepas menyempurnakan penganugerahan anak-anak kunci rumah di bawah Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampung Lumapas 'A' dan Kampung Mata-Mata (Katok 'B'), Gadong bagi Daerah Brunei dan Muara, diadakan di dewan sekolah berkenaan.
Antara bahagian yang baginda kunjungi ialah Teknologi dan Pemprosesan Makanan, Jabatan Perikanan dan Unit Ternakan Ayam.
Sekolah yang mula beroperasi sejak tahun 2006 itu kini mempunyai 98 tenaga pengajar dan kakitangan sekolah dengan jumlah keseluruhan pelajar 271 orang, di bawah pengawasan Pengetuanya, Cikgu Aket bin Melayong.
Pada bulan Jun tahun ini sekolah yang dibina di atas tapak seluas 198 ekar itu menerima perpindahan Jabatan Sains dari Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal bagi program Pre National Diploma dan National Diploma in Science.
Ketika ini sekolah tersebut menawarkan beberapa program Diploma in Science, Diploma in Pharmacy, Diploma in Horticulture, National Diploma in Agriculture Studies, NTC 3 in Crop Production dan banyak lagi.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkenan melawat Sekolah Menengah Awang Semaun yang terletak di tebing Sungai Brunei di Kampung Sungai Kebun.
Ketika berada di sekolah itu, baginda berkenan meninjau dengan lebih dekat ke beberapa buah bilik darjah yang terdapat di sekolah tersebut termasuklah ke Bilik BIPEM (Bilik Pengajian Bahasa Melayu), Bilik Lukisan serta ke Pusat Geografi, Makmal Sains, Pusat Bahasa Inggeris dan juga Stor Buku.
Sekolah Menengah yang kini dipimpin oleh Pengetuanya, Dayang Hajah Kamsiah binti Haji Mohd. Yussof itu dibuka rasmi pada 13 Disember 1984 di atas tapak seluas 16 hektar.
-- hak milik Pelita Brunei
Wednesday, 27 October 2010
Berangkat Melawat Sekolah Vokasional Wasan Dan Sekolah Menengah Awang Semaun
Posted by Neo Minda on 15:32
0 comments:
Post a Comment