Bandar Seri Begawan (27/10/2010) - Para pelanggan Bank Standard Chartered (SCB) boleh menikmati keselesaan tambahan pada hari pembayaran gaji minggu ini (27 Oktober sehingga 2 November) dengan penambahan tempoh operasi perbankan di Cawangan Gadong di Wisma Haji Taha, sekali gus membolehkan pelanggan melaksanakan keperluan perbankan mereka di luar waktu bekerja.
Setiap bulan ketika minggu pembayaran gaji kakitangan kerajaan, SCB Cawangan Gadong akan beroperasi bermula pukul 9:00 pagi hingga 9:00 malam pada hari biasa dan pukul 9:00 pagi hingga 4:00 petang pada Sabtu. Pada Ahad da Cuti Umum pula cawangan itu akan beroperasi bermula pukul 11 pagi hingga 4 petang, dengan menyediakan perkhidmatan perbankan sepenuhnya sepanjang tempoh berkenaan.
Tempoh jam tambahan bermula pada hari pembayaran gaji kerajaan dan akan beroperasi selama tujuh hari. Cawangan Utama SCB, Cawangan Bunut, Cawangan seria, Cawangan Tutong dan Cawangan Kuala Belait akan dibuka awal pada pukul 8:30 pagi ketika minggu pembayaran gaji kerajaan.
SCB Cawangan Manggis Mall akan beroperasi tujuh hari seminggu dengan waktu perbankan yang dilanjutkan. Cawangan Manggis Mall bank itu, yang terletak di Hua Ho Manggis Mall di Serusop, dibuka tujuh hari seminggu bermula pukul 9 pagi hingga 9 malam, Isnin hingga Jumaat dan pukul 9 pagi hingga 4 petang pada Sabtu. Bagi Ahad dan cuti umum, cawangan itu akan beroperasi bermula pukul 11 pagi hingga 4 petang.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai waktu operasi perbankan di Cawangan Gadong dan Manggis, orang ramai boleh menghubungi Pusat Perbankan Telefon bank berkenaan melalui talian 265 8000.
-- hak milik Media Permata
Wednesday, 27 October 2010
SCB Gadong Lanjut Masa Operasi
Posted by Neo Minda on 15:57
0 comments:
Post a Comment