Oleh Yusrin Junaidi
Bandar Seri Begawan (29/10/2010) - Dua keluarga yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Rimba dan Kampung Delima Satu baru-baru ini menerima sumbangan bantuan derma berjumlah $13,500 pada majlis berlangsung di kediaman Ketua Kampung Delima Satu, Pengiran Haji Roslan Pengiran Tuah.
Majlis penyampaian sumbangan itu disempurnakan oleh wakil Pengarah Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Haji Ahad Haji Hassan dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) Haji Abdul Hamid Haji Janudin.
Sumbangan bantuan derma dari Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) berjumlah $9,900 adalah sumbangan daripada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ahli ketua keluarga Awang Assmadi Ismail menerima sebanyak $3,500 dan keluarga Pengiran Zulkifli Pengiran Haji Chuchu menerima sebanyak $6,400.
Sumbangan daripada JAPEM adalah bertujuan untuk meringankan beban para mangsa kebakaran agar dapat menjalankan kehidupan mereka seperti biasa. Tidak ketinggalan juga, JAPEM juga menyumbang bantuan berupa catuan makanan untuk tempoh satu minggu kepada kedua-dua mangsa berkenaan.
Sementara itu anggota keluarga Ismail menerima sumbangan daripada YSHHB sebanyak $1,700 dan Pengiran Zulkifli Pengiran Haji Chuchu menerima sebanyak $1,900.
Kejadian kebakaran yang melibatkan dua buah keluarga baru-baru ini berlaku ke atas kediaman Awang Assmadi di No 3, Simpang 62-6-7 STKRJ Kampung Rimba manakala kediaman Pengiran Haji Zulkifli bertempat No 188 Kampung Delima Satu juga ditimpa musibah kebakaran.
-- hak milik Media Permata
Sunday, 31 October 2010
Dua Keluarga Mangsa Kebakaran Terima Sumbangan Derma
Posted by Neo Minda on 02:01
0 comments:
Post a Comment