Sunday, 31 October 2010

Lima Anak Tempatan Meterai Perjanjian Kadet Juruterbang RBA

Twitter Facebook More

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Bandar Seri Begawan (29/10/2010) - Lima anak tempatan termasuk seorang wanita hari ini menandatangani perjanjian bagi penyertaan dalam pengambilan kadet juruterbang Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RBA) kali yang ke-40.


Majlis menandatangani perjanjian itu berlangsung di Kelab dan Rekreasi Diraja Brunei di Berakas menyaksikan lima kadet yang terdiri daripada Roslaniah Haji Abdul Rahman, Muhammad Aizat Amin, Haji Mohamed Syafiquddin Haji Tuah dan Jonathan Shim Kim memeterai surat perjanjian itu.

Hadir menyaksikan majlis menandatangani surat perjanjian itu ialah Timbalan Presiden Kanan Kualiti Keselamatan dan Kesejahteraan serta Alam Sekitar RBA, Kapten Roy Giggins yang turut berkesempatan menyatakan tahniah beliau kepada lima kadet yang diraikan itu. Beliau juga menandatangani surat perjanjian latihan bagi pihak RBA dengan disaksikan bersama Pengurus Penerbangan B767, Kapten Simon Newn, Pengurus Perkhidmatan dan Pentadbiran Korporat RBA, Zama'aiah Haji Nayan.

Turut hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu Timbalan Pengarah Jabatan Dermasiswa Kementerian Pendidikan (MOE) Haji Azis Haji Nayan serta beberapa orang pegawai daripada MOE.

Majlis dibuka dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat sebelum diteruskan dengan ucapan oleh Pengurus Latihan dan Pembangunan Perkhidmatan Korporat RBA dan ucapan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Kapten Roy Peter Giggins.

Turut hadir ke majlis itu ibu bapa serta anggota keluarga kadet yang terlibat dengan majlis menandatangani perjanjian berkenaan.

-- hak milik Media Permata

0 comments:

Post a Comment