Bandar Seri Begawan (29/10/2010) – Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom bersetuju memperkukuhkan lagi hubungan pertahanan antara kedua-dua buah negara.
Delegasi dari kedua-dua buah negara itu mengadakan mesyuarat Suruhanjaya Pertahanan Bersama (JDC) ke 11 antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom di Bolkiah Garrison di sini hari ini.
Mesyuarat JDC itu telah dipengerusikan bersama oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Polisi Pertahanan dan Pembangunan), Kementerian Brunei Darussalam Mohd Sahrip Othman dan Timbalan Ketua Stag Pertahanan (Keselamatan Dalam Negeri dan Polisi) Kementerian Pertahanan United Kingdom, Majer Jeneral Jonathan Shaw.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan di sini, semasa mesyuarat itu kedua-dua belah pihak memperbaharui semula komitmen bagi mengukuhkan lagi kerjasama pertahanan dua hala seperti menerusi latihan, pertukaran, berkongsi pengalaman termasuk dengan British Brunei Garrison.
Kedua-dua belah pihak turut bertukar pandangan dan pengalaman mengenai pembabitan masing-masing dalam operasi-operasi pengaman. Pihak UK memaklumkan kepada sidang mesyuarat mengenai Strategi Keselamatan Kebangsaan dan Kajian Semula Keselamatan dan Pertahanan Strategik yang diterbitkan baru-baru ini.
Salah satu peranan utama JDC ialah menyediakan satu forum untuk menggalakkan hubungan pertahanan yang kukuh dan efektif antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom. Mesyuarat JDC yang pertama telah diadakan di Bandar Seri Begawan pada Januari 2003. Mesyuarat JDC akan datang dijangka diadakan di United Kingdom tahun depan.
-- hak milik Media Permata
Sunday, 31 October 2010
Hubungan Pertahanan Brunei-UK Diperkukuh
Posted by Neo Minda on 02:03
0 comments:
Post a Comment