Wednesday, 27 October 2010

JIPK Keluarkan Special Pass Dan Surat Panggilan Kepada Warga Asing

Twitter Facebook More

Oleh Ihsan JIPK

Bandar Seri Begawan (27 Oktober) - Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) telah mengeluarkan satu special pass dan dua surat panggilan kepada dua warga negara asing semasa Operasi Ops Cekap di premis perniagaan Mukim Sengkurong, Mukim Beribi dan rumah sewa Mukim Beribi.


Menurut Siaran Akhbar JIPK, operasi yang disertai 15 orang pegawai dan diketuai oleh Ketua Pegawai Imigresen, Bahagian Penguatkuasa Undang-undang Jabatan Imigresen Bandar Seri Begawan itu bertujuan bagi melaksanakan pemeriksaan ke atas premis perniagaan yang dipercayai mengambil pekerja warga negara asing yang menyalahgunakan pas imigresen berpandukan kepada maklumat yang terkumpul.

Pada kesimpulan kata siaran itu, operasi berkenaan telah pun mendapati seorang perempuan warganegara Indonesia pemegang jaminan pas melawat ketika sedang bekerja menyediakan bahan untuk masakan di salah sebuah premis perniagaan menjual kebab.

Semasa pemeriksaan mendapati pasport di dalam simpanannya yang tersimpan di dalam beg kepunyaannya di premis tersebut.

Manakala itu semasa pemeriksaan di salah sebuah rumah sewa di Kampung Kiarong mendapati seorang perempuan warganegara Malaysia yang telah pun mansuh cap imigresen (cap diarahkan keluar) sejak bulan Ogos 2010. Keduanya telah pun dibawa ke pejabat untuk siasatan lanjut.


Warga negara asing pemegang pas melawat/jaminan pas melawat diingatkan agar tidak menyalahgunakan pas mereka dan pihak majikan juga diingatkan agar tidak akan mengambil bekerja pesalah imigresen atau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Bahagian Penguakuasa Undang-undang JIPK akan sentiasa menjalankan atau melaksanakan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan sama ada secara persendirian atau bersama dengan agensi penguatkuasaan yang lain yang dinilai mengikut keperluan maklumat yang terkumpul.

Ke arah aktiviti penguatkuasaan tersebut JIPK mengalu-alukan orang ramai sama-sama memberikan maklumat berhubung dengan pesalah imigresen. Sebarang maklumat dan nama pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya.

-- hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment