Kuala Lumpur (29/10/2010) - Majlis penghantaran pasukan induk MALCON East 6 seramai 205 anggota termasuk tiga anggota ABDB telah diadakan hari ini bertempat di Pergerakan Udara Pangkalan Udara Subang, di sini.
Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Kolonel Haji Yussof Haji Abdul Rahman telah menghadiri majlis tersebut bagi mewakili Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Sebelum ini pasukan pendahuluan MALCON East 6 seramai 160 anggota termasuk tujuh anggota ABDB telah berlepas ke Lubnan pada 21 Oktober lalu. Pasukan ini akan menggantikan Pasukan MALCON East 5 yang menamatkan misi dengan United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) pada hari ini (28 Oktober).
Seramai sepuluh anggota ABDB di bawah pasukan induk MALCON East 6 akan berada di Koakoba. Mereka ialah Mejar Pg Mohd Sufri Pg Haji Rosli, Kapten Haji Zuraihi Haji Ash'ari, PW2 Norkamal Haji Mohd Salleh, S/Sgt Mazlan Salleh, S/Sgt Petrus Tagal, Sgt Kifley Haji Johari, Kpl Umar Ismail, Kpl Rezan Lamat, Kpl Shahnizam Haji Tamit, L/Kpl Zalini Haji Shahdan.
Ini menandakan pertama kalinya anggota ABDB dihantar di bawah pasukan induk MALCON East dan juga merupakan penghantaran kali keempat bagi ABDB ke Lubnan.
Konsisten dengan saranan Kertas Putih Pertahanan, Negara Brunei Darussalam telah siapsiaga untuk menyertai dalam usaha serantau dan antarabangsa yang merupakan sebahagian daripada bantuan komuniti global.
Hingga ke hari ini seramai 15 orang masih lagi bertugas di Lubnan termasuklah penghantaran yang terkini.
-- hak milk Media Permata
Sunday, 31 October 2010
Lebih 200 Anggota Sertai MALCON East
Posted by Neo Minda on 01:43
0 comments:
Post a Comment