Sunday, 31 October 2010

Majlis Penetapan Jawatan Pengarah Penjara

Twitter Facebook More

Oleh Rafidah Jumat

Bandar Seri Begawan (29/10/2010) - Jabatan Penjara hari ini mengadakan majlis penetapan jawatan dan doa kesyukuran bagi Pengarah Penjara, Haji Jasni Haji Abdul Latif yang telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk ditetapkan dalam jawatan sebagai Pengarah Penjara mulai 5 Mei lalu.


Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu ialah Pemangku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Pehin Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Haji Awang Halbi Haji Mohd Yussof.

Beliau telah diserapkan ke Jabatan Penjara pada 15 Mac 1990 dan sebelum itu, berkhidmat di Jabatan Kebajikan, Belia dan Sukan pada tahun 1983 sebagai Pegawai Belia dan Sukan.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Pegawai Pemulihan Dadah, Rumah Al-Islah yang kemudian ditukar jawatannya sebagai Penguasa Penjara dan pada 4 November 2009 pula, Haji Jasni telah diperkenankan pelantikan oleh Baginda Sultan sebagai Pemangku Pengarah Penjara bermula 5 November 2009.

-- hak milik Media Permata

0 comments:

Post a Comment