Oleh Salawati Haji Yahya
Bandar Seri Begawan (29/10/2010) - Pameran Pendidikan dan Teknologi Infokomunikasi (IT) 2010 anjuran LeadingEdge Marketing and Management Services dibuka untuk kunjungan orang ramai selama empat hari bermula hari ini hingga 31 Oktober 2010.
Pameran yang berlangsung di Stadium Tertutup itu antara lain bertujuan memberi peluang orang ramai bersama-sama mengalami sekali gus mempelajari perubahan terkini dalam dunia pendidikan dan IT.
Sementara itu, majlis perasmian pameran Pendidikan dan IT itu dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi India ke Brunei Tuan L D Ralte dan Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan Dr Haji Junaidi Abdul Rahman.
Di samping pameran pendidikan dan IT, orang ramai juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan oleh penganjur selama pameran berlangsung dalam usaha memeriahkan lagi suasana di pameran tersebut.
Pameran itu disertai oleh lebih 30 peniaga dari pelbagai syarikat dalam industri ICT mempamerkan produk IT yang terkini.
-- hak milik Media Permata
Sunday, 31 October 2010
Pameran Dedah Perubahan Terkini Dunia Pendidikan Dan IT
Posted by Neo Minda on 02:00
0 comments:
Post a Comment