Oleh : Aimi Sani
Berakas (27 Oktober) - Negara Brunei Darussalam dan Malaysia terus berusaha ke arah meningkatkan kerjasama dalam bidang-bidang yang mempunyai kepentingan bersama termasuk bidang pendidikan.
Bagi meningkatkan pengetahuan, bertukar pengalaman dan pandangan di bidang pendidikan teknik dan vokasional, serombongan pelawat terdiri dari seramai 26 penuntut dari Sekolah Menengah Teknik Labuan (SMTL), hari ini meneruskan lawatan ke Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam (SVNR), Lambak Kanan.
Rombongan sambil belajar ini diketuai oleh Pengetua sekolah menengah tersebut, Puan Hajah Siti Muslihah Leeudin dan Ketua Bahagian Pengurusan dan Akademik, Puan Maimoon binti Mat Noh.
Selain menimba pengetahuan dan kemahiran di bidang berkenaan lawatan juga bertujuan untuk memperbaiki lagi sistem pembelajaran kedua belah pihak.
Ketibaan rombongan di sekolah ini dialu-alukan oleh Pemangku Timbalan Pengetua Bahagian Pendidikan dan Latihan, Pg. Haji Karim bin Pg. Haji Metassan dan Timbalan Pengetua Bahagian Pentadbiran, Awang Haji Musli bin Mohammad.
Semasa berada di sini rombongan terlebih dahulu diberikan taklimat ringkas sebelum dibawa melawat ke bahagian-bahagian dan jabatan SVNR dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Kelmarin rombongan berkenaan juga telah mengadakan lawatan ke Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah (MJKB), Kuala Belait bagi tujuan yang sama.
-- hak milik Pelita Brunei
Wednesday, 27 October 2010
Pelajar SMTL Tinjau Pembelajaran Di SVNR
Posted by Neo Minda on 15:28
0 comments:
Post a Comment