Wednesday, 27 October 2010

TAP, SCP Didedahkan Kepada Peserta Program Kursus Pra Nikah

Twitter Facebook More

Oleh : Bolhassan Hj. Abu Bakar

Bandar Seri Begawan (27 Oktober) -Jabatan Komunikasi Korporat, Tabung Amanah Pekerja (TAP) hari ini meneruskan taklimat mengenai Skim TAP, Pencen Caruman Tambahan (SCP) dan Perancangan Kewangan kepada lebih 60 orang peserta yang mengikuti Program Kursus Pra Nikah.


Dilancarkan pada 1 Julai tahun ini, taklimat tersebut adalah di antara usaha sama TAP dan Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga, Jabatan Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Dalam taklimat yang disampaikan oleh Pemangku Ketua Jabatan Komunikasi Korporat TAP, Awang Rosli bin Haji Haron antara lain menyentuh mengenai sejarah penubuhan, kadar caruman dan skim pengeluaran serta manfaat skim-skim berkenaan.

Taklimat yang diadakan di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman kepada para peserta yang hendak mendirikan rumah tangga mengenai pengurusan kewangan.

Manakala taklimat perancangan kewangan pula telah disampaikan oleh Pegawai Perancang Kewangan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Dayang Nurul Jafriah binti Abdullah.

-- hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment