Wednesday, 27 October 2010

SM Rimba Juarai 'Konvensyen Amalan Terbaik Pengurusan Sekolah Menengah'

Twitter Facebook More

Oleh : Rohani Hj. Abd. Hamid

Gadong (27 Oktober) - Pertandingan 'Konvensyen Amalan Terbaik Bagi Pengurusan Sekolah Menengah' (The Best Practice Convention of Secondary School Management) dihasratkan untuk mengetengahkan dan mempelajari amalan terbaik di pelbagai pengurusan pendidikan untuk diguna pakai di sekolah masing-masing.


Konvensyen yang diadakan di Pusat Tingkatan Enam Katok di sini mengetengahkan 12 kertas kerja dari enam buah sekolah menengah dan maktab yang mewakili enam kluster.

Dalam pendekatan wakil PELITA BRUNEI bersama Pengerusi Jawatankuasa Pengetua dan Timbalan Bagi Sekolah Menengah dan Maktab (JAPTIM), Pg. Haji Zahari bin Pg. Haji Ahmad menjelaskan konvensyen ini adalah bagi membudayakan kongsi sama amalan terbaik pengurusan sekolah di kalangan pentadbir sekolah dan menjana ke arah pengurusan sekolah menengah dan maktab yang gemilang pada menghasilkan pendidikan cemerlang untuk semua penuntut dalam pendidikan kurrikulum SPN21.

Menurutnya konvensyen buat kali pertama ini akan diadakan setiap tahun dan akan dijadikan sebagai program tahunan. Sementara itu pada bulan Januari 2011 depan katanya, juga akan diadakan Forum Sekolah Asia Tenggara (Southeast Asian School Forum).

Konvensyen hari ini mengundang para hakim terdiri dari Pensyarah Petroleum dan Chemical Engineering, ITB, Dr. The Keng Watt, Mantan Penolong Pengarah Menengah, Dayang Gazala binti Abdullah dan Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah, Puan Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah.

Penghakiman dilaksanakan dengan mengambil kira enam kriteria penting iaitu Kesesuaian dan Kepentingan (Relevance & Significance); Pembaharuan dan Kreativiti (Innovation & Creativity); Kesan (Impact); Keberkesanan dan Kecekapan (Effectivency and Effectiveness); Ketahanan (Sustainability) dan Penyalinan (Replication).

Johan dalam konvensyen ini disandang oleh Sekolah Menengah Rimba dengan tajuk 'Mencari dan Kongsi Sama' (Seek and Share) yang dibentangkan oleh Dayang Edna Maria binti Haji Osman diikuti di tempat kedua oleh Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali dengan tajuk 'Melayar' (Surf) yang dibentangkan oleh Dayang Hajah Harisah Adinah binti Haji Sarbini.

Sementara Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Gadong menduduki tempat ketiga dengan membawakan kertas kerja bertajuk 'Keutamaan Di Dalam Pelajaran Yang Lebih Tinggi' (Excellence in Higher Education Service) disampaikan oleh Pg. Hajah Mashayu binti Pg. Haji Yusof.

Penyampaian hadiah dan cenderamata disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Kassim bin Mohammad Yassin.

-- hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment