Wednesday, 27 October 2010

Vietnam Tuan Rumah Sidang Kemuncak ASEAN Ke-17

Twitter Facebook More

Oleh : Dk. Hjh. Fatimah Pg. Hj. Md. Noor dari Hanoi, Vietnam

Hanoi (27 Oktober)- Sidang Kemuncak ASEAN ke-17 berlangsung di Hanoi, Vietnam esok hingga Sabtu ini. Sidang yang bertema "Menuju Komuniti ASEAN: Daripada Wawasan kepada Tindakan" akan menumpukan topik-topik pada membina komuniti dan melaksanakan Piagam ASEAN, hubungan luar dan peranan penting ASEAN, pembangunan lestari dan mengatasi dengan cabaran global.


Sidang tersebut akan dihadiri oleh ketua-ketua-ketua Kerajaan ASEAN, pemimpin-pemimpin lapan rakan ASEAN termasuk China, Jepun, Republik Korea, India, Rusia, Australia, New Zealand dan Setiausaha Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tuan Yang Terutama Ban Ki-Moon dan kehadiran pertama Menteri Hal Ehwal Luar Negara Russia sebagai tetamu-tetamu khas Pengerusi Sidang kali ini.

Selain daripada Kemuncak ASEAN ini, terdapat ASEAN + 1 Kemuncak tahunan antara ASEAN dan rakan-rakannya - China, Jepun, Republik Korea (RoK) dan India; dan Kemuncak ASEAN-Russia Kedua, Kemuncak ASEAN - Australia, Kemuncak Memperingati ASEAN Zealand, Kemuncak ASEAN UN Ketiga, Kemuncak ASEAN + 3 (ASEAN + China, Jepun dan Republik Korea), Kemuncak Timur Asia Kelima, Kemuncak Kedua antara Jepun dan Mekong dan ASEAN Business and Investment Summit.

Vietnam telah dipilih menjadi negara Pengerusi Bergilir ASEAN sejak 1 Januari tahun ini. Sidang kemuncak ini merupakan sidang kedua yang dianjurkan oleh Vietnam pada tahun ini. Sidang kemuncak kali ini amat bermakna untuk mendorong pembinaan komuniti ASEAN, dan akan menetapkan pedoman bagi kerjasama antara negara-negara ASEAN.

"Menuju Komuniti ASEAN : Daripada Wawasan kepada Tindakan" merupakan tema sidang kemuncak kali ini. Negara-negara ASEAN merancang untuk membina Komuniti ASEAN menjelang tahun 2015, maka itu, 2010 dianggap sebagai tahun yang amat penting. Dalam sidang kemuncak kali ini, Negara-negara ASEAN akan menetapkan arah, dan memastikan projek dan rancangan kerjasama dilaksanakan dalam rangka ASEAN. Ini juga akan menjadi penjana dan mempercepat pencapaian matlamat tersebut.

Dalam sidang kemuncak pertama bulan April lepas, pemimpin Negara-negara ASEAN telah membincangkan dan melaksanakan Piagam ASEAN, mempercepat proses pembinaan komuniti ASEAN, membincangkan peranan ASEAN dalam pemulihan ekonomi dan pembangunan yang berterusan, dan kaedah menangani cabaran global, seperti perubahan iklim.

Dalam sidang tersebut, dua perisytiharan dikeluarkan, iaitu "Perisytiharan Pemimpin Tentang Pembangunan Semula Ekonomi dan Perkembangan Berterusan" dan "Perisytiharan Kerjasama Untuk Menangani Perubahan Iklim". Dokumen tersebut menjadi dasar bagi negara-negara ASEAN untuk terus meningkatkan kerjasama dan menangani cabaran bersama.

Seramai lebih 600 orang wartawan dari dalam dan luar Vietnam dikatakan telah mendaftar untuk membuat liputan tentang sidang kemuncak ini. Selain itu, tahun 2010 juga merupakan ulang tahun ke-1000 terbinanya Bandar Hanoi. Oleh itu, pelbagai aktiviti sedang diadakan di bandar tersebut. Memilih Hanoi sebagai tempat sidang kemuncak tersebut juga membawa makna yang istimewa.

-- hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment