Friday, 12 November 2010

90 murid SR Dato Mohd. Yassin melawat Perpustakaan DBP

Twitter Facebook More

Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

Bandar Seri Begawan (04 November 2010) - Seramai 90 murid dan enam guru Sekolah Rendah Dato Mohd. Yassin, Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri pagi tadi mengadakan lawatan ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara, di sini.


Rombongan tersebut diberikan taklimat oleh pegawai dari Unit Penyelidikan dan Perkembangan, Awang Haji Hamdan bin Haji Musa.

Awang Haji Hamdan dalam taklimatnya antara lain menyatakan, jumlah perangkaan yang dikumpul dari tahun 1970 sehingga 2010 bagi koleksi buku di perpustakaan itu ialah 646,534 buah dengan keramaian 97,628 ahli.

Menurutnya, perpustakaan itu juga menerima 4,784,185 pelawat dan menerima peminjaman buku sebanyak 3,325,801 buah.

Sementara itu guru pengawas rombongan, Dayang Halizah binti Aliakbar berkata, lawatan tersebut merupakan salah satu aktiviti ko-kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah berkenaan dalam memperkayakan minda murid-murid dengan bahan-bahan bacaan.

Selain dari itu jelasnya, lawatan sambil belajar itu juga bertujuan bagi menyemai minat murid-murid supaya suka membaca di samping menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di perpustakaan.

Rombongan seterusnya dibawa melawat ke bahagian-bahagian yang terdapat di perpustakaan itu.

-- hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment