Friday, 12 November 2010

Berangkat Hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ACD Ke-9

Twitter Facebook More

Oleh : Nooratini Hj. Abas

Bandar Seri Begawan (04 November 2010) - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan lewat petang tadi berangkat Ke Tehran, Republik Islam Iran bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Bagi Dialog Kerjasama Asia (ACD) Ke-9.


Duli Yang Teramat Mulia diiringi oleh Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah.

Berangkat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyembahkan selamat berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

Juga berangkat ialah Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi.

Mesyuarat Menteri-menteri Bagi Dailog Kerjasama Asia (ACD) Ke-9 akan bermula dari 8 hingga 9 November 2010. Ianya dianggotai oleh 31 buah negara di rantau Asia Tengah, Asia Timur, Asia Selatan dan Asia Tenggara dan akan dipengerusikan oleh Menteri Luar Republik Islam Iran, Tuan Yang Terutama Manouchehr Mottaki.

ACD ditubuhkan pada tahun 2002 dan Negara Brunei Darussalam adalah antara negara pertama yang menganggotainya selain Bahrain dan Bangladesh.


-- hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment