Tehran, Republik Islam Iran (10 November 2010) - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan malam ini berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Dialog Kerjasama Asia Ke-9 (9th ACD).
Majlis Makan Malam yang diberikan oleh Menteri Luar Republik Islam Iran, Tuan Yang Terutama Manouchehr Mottaki, selaku Pengerusi ACD Ke-9 itu berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Iran.
Hadiri pada majlis itu ialah para menteri dan ketua delegasi yang menghadiri ACD Ke-9 termasuk Menteri Luar Singapura, Republik Indonesia, Malaysia, Tajikistan, Sri Lanka, Kuwait, Oman, Kazakhstan, Emeriah Arab Bersatu, Qatar dan Bahrin serta ahli ACD yang lain.
Presiden Republik Islam Iran, TYT Mahmoud Ahmadinejad dalam ucapan perasmiannya antara lain menyatakan, negara-negara Barat telah gagal dalam ekonomi dan tidak mampu menjaga keseimbangan mereka atau mengawasi tentangan ekonomi dunia.
TYT Mahmoud Ahmadinejad juga berkata, budaya Asia yang penuh kebaikan, pengabadian dan persahabatan menjadikan benua ini diberkati dengan kesejahteraan. -- hak milik Pelita Brunei
(Laporan : Abdullah Asgar dari Tehran, Republik Islam Iran)
Wednesday, 17 November 2010
Berangkat Ke Majlis Makan Malam Sempena ACD Ke-9
Posted by Neo Minda on 20:48
0 comments:
Post a Comment