Wednesday, 17 November 2010

Sukan Ria Mengisi Masa Terluang

Twitter Facebook More

Lumut (10 November 2010) - Sekolah Persediaan Arab Belait (SPAB) hari ini mengadakan Sukan Ria sebagai salah satu dari aktiviti tahunan selepas murid-murid menghadapi peperiksaan akhir tahun.


Sukan Ria yang diadakan di dewan sekolah tersebut bertujuan mengisi waktu terluang dengan aktiviti sukan yang boleh menyihatkan tubuh badan murid-murid sekolah itu selain mencerdaskan minda mereka serta memberi peluang kepada setiap murid untuk menyertai aktiviti yang diaturkan oleh pihak sekolah.

Para pelajar dibahagikan kepada tiga buah rumah menggunakan nama-nama kuih tradisional Brunei iaitu Rumah Penyaram, Rumah Celurut dan Rumah Kuripit yang turut diwakili oleh guru-guru sekolah berkenaan.

Acara sukan juga disertai oleh Guru Besar SPAB, Dayang Rohani binti Haji Moksin.

Sukan berkenaan dimulakan dengan senam ringan memanaskan badan diketuai oleh Guru Kanan Korikulum, Awang Md. Isfardi bin Haji Md. Jaafar.

Beberapa jenis acara sukan turut dipertandingkan antaranya lari kebelakang, lari tutup mata, lari bersikut, lari bergendong dan lari dalam guni.

Acara sukan lain termasuk membawa bola ping pong, memancing tin, kereta durong, menunggang kerbau, meniup tepung, bowling ke belakang, perahu di darat dan membaling bola berair yang menjadi kegemaran murid-murid sekolah.

Pemenang akan menerima hadiah mereka pada Majlis Hari Pelajar SPAB yang akan diadakan pada 20 November ini. -- hak milik Pelita Brunei


(Oleh : Dk. Hjh. Saidah Pg. Hj. Omaralli)

0 comments:

Post a Comment