Kuala Belait (08 November 2010) - Negara Brunei Darussalam bukan sekadar terkenal dimata dunia yang lainnya sebagai salah sebuah negara yang aman, makmur lagi berdaulat tetapi juga berkat pimpinan rajanya yang prihatinan, pengasih serta penyayang dan pemedulian membuatkan rakyat di negara ini sentiasa bersyukur dan berdoa agar raja yang dikasihi kekal di atas singgahsana.
Sikap pemedulian baginda sultan dan Paduka Seri Baginda terhadap rakyat baginda tetap menjadi kenangan dan ristaan hingga bila-bila masa pun bahkan, ianya juga turut menjadi sejarah peribadi hingga ke anak cucu dan inilah jua yang diluahkan oleh para penerima kurnia peribadi Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri kepada ibu tunggal di Daerah Belait ketika di wawancara oleh wakil PELITA BRUNEI semasa di Perkhemahan Lumut pagi tadi.
Salah seorang penerima kurnia, Dayang Jamilah binti Taha, ibu tunggal yang berusia 54 tahun menyatakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha merupakan raja yang disanjung, disayangi dan dihormati rakyat, mempunyai sifat keibuan yang amat perihatin terutama sekali kepada kaum wanita.
Beliau yang tinggal di Berek Bolkiah Seria bersama cucu dan lima orang anak yang menerima bantuan kebajikan sebanyak BND200 sebulan berkata, “Sifat keibuan yang baginda miliki memang begitu amat disanjungi apatah lagi keprihatinan baginda kepada rakyat yang baginda kasihi dan ini membuktikan betapa baginda itu mempunyai sifat keprihatinan“.
Dayang Azizam binti Haji Tuah, 63, dan yang tinggal di Kampung Baru, merupakan ibu tunggal dan mempunyai dua orang tanggungan menyatakan,“Baginda bukan sekadar seorang raja atau lebih tepat dengan gelaran ‘permaisuri di hati dan mata rakyat’ bahkan baginda merupakan contoh wanita bersemangat keibuan dengan kelembutan budi pekerti baginda bersama rakyat setiap kali muncul di khalayak ramai, senyuman baginda lemparkan kepada rakyat baginda sudah cukup menyakinkan rakyat betapa baginda mempunyai ketulenan hati yang luhur, pengasih dan penyayang terhadap keselesaan rakyat baginda khususnya kaum wanita baik yang bergelar ibu atau ibu tunggal tanpa mengira pangkat umur, bangsa dan juga darjat”.
Berbeza pula Dayang Hajah Rosidah bin Abdullah seorang muallaf dan berusia 58 tahun ini dan tinggal di Kampung Bukit Sawat Marangking yang mempunyai enam orang anak dan bergantung kepada hasil bayaran kebajikan sebanyak BND200 berkata, baginda yang mempunyai perasaan cinta dan kasih serta pemedulian terhadap rakyatnya jelas terbukti apabila kami sebagai kaum ibu dan ibu tunggal pada hari ini merasa bertuah dan beruntung kerana diberikan anugerah atas kemurahan hati baginda raja isteri dan keihklasan hati baginda sendiri menghulurkan anugerah kepada kami dan ini juga turut membantu dalam meringankan lagi beban sesetengah ibu-ibu tunggal di negara ini.
Tambahnya, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha satu nama yang begitu sinonim di bibir rakyat di negara ini bukan hanya kerana sifat keibuan baginda sebagai seorang ibu dan permaisuri negara ini bahkan keterampilan baginda di setiap majlis baik di dalam negeri atau di luar negeri cukup anggun, memukau bahkan tidak keterlaluan jika saya katakana bahawa baginda merupakan 'role model' bagi wanita.
Ketika ditanya apakah yang akan mereka gunakan di atas kurnia peribadi yang diberikan, rata-rata mengatakan kurnia peribadi itu akan digunakan sebaik-baiknya dan ada di antaranya akan menyimpan sepenuhnya ke dalam simpanan di hari tua dan tidak ketinggalan pula ada yang berniat mengadakan kenduri kesyukuran bersama keluarga.
Penerima yang sememangnya bertuah dan beruntung pada hari ini juga tidak ketinggalan meluahkan rasa terharu mereka dan syukur kerana terpilih selaku penerima kurnia peribadi yang diberikan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri bahkan mereka ini juga tidak melepaskan peluang mengucapkan jutaan terima kasih ke hadapan majlis baginda.
Dengan adanya kurnia peribadi ini jelas mereka membuktikan bahawa kaum yang bergelar ‘ibu tunggal’ di negara ini sememangnya tidak dipersiakan atau disisihkan bahkan pemedulian yang diberikan lebih-lebih lagi dari seorang permaisuri negara ini cukup kuat membuktikan bahawa baginda juga merupakan raja dan permaisuri yang prihatin, penyayang, pengasih dan pemedulian.
Penyampaian kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha kepada ibu tunggal yang berdaftar di Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Majlis Ugama Islam Brunei merupakan satu anugerah yang besar buat kami ibu-ibu tunggal dan ini juga merupakan satu sejarah yang bermakna buat kami sebagai penerima.
-- hak milik Pelita Brunei
(Oleh : Ak. Jefferi Pg. Durahman)
Tuesday, 16 November 2010
Kurnia Peribadi Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Kepada Ibu Tunggal Amat Disyukuri
Posted by Neo Minda on 14:20
0 comments:
Post a Comment