Kuala Lumpur, Malaysia (11 November 2010) - Jemaah menteri yang menghadiri Forum Peringkat Menteri Asia Timur Ke-4 Mengenai Keluarga, di Kuala Lumpur telah bersepakat mengeluarkan Kenyataan Kuala Lumpur yang menggariskan lima perkara.
1. Perspektif keluarga dalam penggubalan dasar dan program-program yang menangani keperluan keluarga, terutama mereka yang menghadapi risiko dan berisiko tinggi;
2. Meningkatkan komitmen dalam mengendalikan kaji selidik serta program-program pencegahan dan intervensi dalam menangani keperluan-keperluan keluarga yang menghadapi risiko dan berisiko tinggi;
3. Meningkatkan rangkaian kerja dan kerjasama antara peserta-peserta EAMFF terutama sekali dalam perkongsian maklumat mengenai dasar keluarga, data, penyelidikan, amalan terbaik dan pembangunan kapasiti dalam menangani isu-isu umum;
4. Meneroka kemungkinan penubuhan satu pangkalan (respository) mengenai dasar-dasar keluarga, data dan amalan-amalan terbaik untuk dipertimbangkan pada mesyuarat EAMFF akan datang; dan
5. Mengaturkan pegawai-pegawai kanan untuk membincangkan landasan untuk memantau pelaksanaan yang dibuat di setiap EAMFF.
Dalam forum tersebut, delegasi Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair.
Negara Brunei Darussalam akan menjadi tuan rumah bagi forum tersebut pada tahun 2012. -- hak milik Pelita Brunei
Wednesday, 17 November 2010
Lima Perkara Digariskan Semasa Forum Peringkat Menteri Asia Timur Ke-4 Mengenai Keluarga
Posted by Neo Minda on 21:19
0 comments:
Post a Comment