Oleh : Aimi Sani & Aryentti Hj. Ariffin
Tungku (03 Nov 2010) - Lebih 60 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah menghadiri Seminar Biologi Mengenai Kajian Zooarkeologi dan Mamalia Borneo bertempat di Dewan Kuliah Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah, di sini.
Seminar yang berkisar mengenai kajian dengan binatang mamalia yang dilakukan lebih setengah abad yang lalu dikenal pasti sebagai zooarkeologi disampaikan oleh penceramah undangan, Dato Sri Lord Cranbrook bekas pensyarah dari Universiti Malaya, Malaysia.
Seminar tersebut dianjurkan oleh Jabatan Biologi, UBD.
-- hak milik Pelita Brunei
Friday, 12 November 2010
Mahasiswa Hadiri Seminar Zooarkeologi Dan Mamalia
Posted by Neo Minda on 13:40
0 comments:
Post a Comment