Thursday, 18 November 2010

Mesyuarat APEC Dihasratkan Mencapai Kejayaan Hasil Muafakat

Twitter Facebook More

Yokohama Jepun (12 November 2010) - Tuan rumah bagi mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) Ke-18 memperketatkan ciri-ciri keselamatan menjelang Mesyuarat Ketua-ketua Ekonomi APEC (AELM).


Mesyuarat AELM selama dua hari itu akan bermula hari sabtu ini dengan menghimpunkan ketua-ketua ekonomi APEC yang bakal mendapat liputan meluas oleh perwakilan wartawan media cetak dan elektronik yang mewakili dari 21 buah negara anggota di rantau itu.

Kesemua ahli media diletakan di Pusat Media Antarabangsa (IMC) yang boleh menampung lebih lima ratus perwakilan media cetak dan elektronik.

IMC dilengkapi dengan alat komunikasi dengan kemudahan-kemudahan jalur lebar bagi melancarkan kerja-kerja para wartawan menghantar berita ke agensi masing-masing.

Sementara itu, jalanraya-jalanraya utama menuju ke pusat persidangan - Intercontinental Yokohama Grand juga ditutup dan dikawal ketat oleh ratusan pasukan polis yang hanya membenarkan kenderaan khas APEC dan kereta yang mendapat pelekat keselamatan memasuki kawasan mesyuarat.

Pemeriksaan terperinci juga dilakukan setiap delegasi dan media yang memasuki pusat persidangan di Intercontinental Yokohama.

Tuan rumah berhasrat mesyuarat yang berlangsung di negara Matahari Terbit itu akan mendapat kejayaan bukan saja hasil muafakat ketua-ketua ekonomi malah berjaya menerusi liputan-liputan media yang positif di samping keutamaan ciri-ciri keselamatan yang berkesan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang tetamu APEC berada di sini.

APEC berusaha untuk lebih mengintegrasikan ekonomi serantau dan merumuskan jangka panjang dan jangka pertengahan untuk Strategi Pertumbuhan serantau menerusi dari pelbagai perspektif dalam Strategi Pertumbuhan, berjuang untuk pertumbuhan yang inovatif dengan isu berkaitan alam sekitar dan tenaga.

APEC merupakan sebuah forum yang memudahkan kerjasama ekonomi antara 21 buah negara dan wilayah di rantau Asia-Pasifik yang bekerja pada bidang-bidang seperti liberalisasi perdagangan dan pelaburan, memudahkan perniagaan, keselamatan manusia, dan kerjasama ekonomi dan teknikal, bertujuan untuk mencapai pertumbuhan yang berterusan dan kemakmuran bagi wilayah tersebut. -- hak milik Pelita Brunei


(Laporan : Samle Haji Jait dari Yokohama, Jepun)

0 comments:

Post a Comment