Bandar Seri Begawan (11 November 2010) - Para pemimpin sekolah rendah dan menengah di negara ini berpeluang berinteraksi dan mengemukakan isu-isu yang berkaitan dengan sekolah masing-masing semasa sesi dialong bersama Yang Berhormat Menteri Pendidikan.
Sesi dialog Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong bersama pemimpin-pemimpin sekolah diadakan di Pusat Tingkatan Enam, Katok di sini.
Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan, Awang Ibrahim bin Haji Abdul Rahman menyatakan kementerian berkenaan maju setapak lagi dengan memperkenalkan 'BTEC Level I Introductory' (Edexcel) khas bagi para pelajar yang mengikuti 'Specialised Applied Programme'.
Program itu katanya, akan mula dikendalikan tahun depan dan oleh itu bengkel-bengkel bagi guru-guru sekolah giat diadakan bagi memastikan program berkenaan dapat diimplementasikan dengan jayanya.
Selain dari itu tambahnya lagi beberapa program juga rancak dijalankan oleh Jabatan Sekolah-Sekolah demi mencapai kecemerlangan khasnya dalam menyokong Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN21).
Beliau seterus menjelaskan, antara program tersebut ialah bengkel 'School Based Assessment for Learning' (SBAfL), program 'literacy' dan 'numeracy', 'Lesson Study' di sekolah rendah dan menengah, Program Kepimpinan Sekolah serta penyediaan pelajar bagi mengikuti program IGCSE dalam enam mata pelajaran selain mata pelajaran 'English'.
Sesi seumpamanya merupakan kesinambungan dari sesi dialog yang pertama tahun ini dan mula diusahakan oleh Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan pada tahun 2006 dan dikendalikan sebanyak dua kali setahun.
Namun, format sesi kali kedua tahun ini diubah kepada pecahan dua sesi iaitu pada 10 dan 15 November 2010 di mana perjumpaan kali ini dihadiri oleh seramai 36 guru besar dari Brunei I, Brunei IIA dan Brunei IIB serta 12 pengetua dari Kluster Satu dan Dua.
Sesi dialog bertemakan "Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran" diharap akan terus menghasilkan impak yang positif terhadap pencapaian-pencapaian sekolah-sekolah dalam menuju kecemerlangan dan seterusnya kepada pekelangan dan kualiti pendidikan di Negara Brunei Darussalam. -- hak milik Pelita Brunei
(Oleh : Hezlinawati Hj. Abd. Karim)
Wednesday, 17 November 2010
Sesi Dialog Bersama Menteri Pendidikan Diharapkan Menghasilkan Impak Pencapaian Sekolah
Posted by Neo Minda on 21:20
0 comments:
Post a Comment